Antara Persepsi Dan Realiti
Persepsi di antara kita,
Sekadar luaran sahaja,
Tak kenal maka tak cinta,
Dah kenal tiada bezanya.
Jangan lah terus
mengata,
Bila dapat sebuah berita,
Kaji dulu analisa utama,
Baru putuskan kebenarannya.
Tanamkan sifat kasih sayang,
Baru tak mabuk kepayang,
Hidup bukan bayang bayang,
Boleh lah bersenang lenang.
Antara persepsi dan realiti,
Memang perlu diteliti,
Agar mudah difahami,
Dan baru boleh dipublisiti.
Ingatlah wahai si pencaci,
Beringatlah sebelum terjadi,
Nanti menyesal diri sendiri,
Mungkin tak ada guna lagi.
No comments :
Post a Comment